Thursday, February 12, 2009

SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI ARA, BAYAN LEPAS, PULAU PINANG


LATAR BELAKANG SEKOLAH

SEJARAH SEKOLAH

Sekolah Kebangsaan Sungai Ara, Pulau Pinang adalah sebuah sekolah yang terletak dikawasan luar Bandar. Jumlah pelajar sekarang sudah menjangkau 1420 orang murid. Sekolah ini adalah sekolah kategori ‘A’.

Nama asal sekolah ini ialah Sekolah Melayu Relau, Pulau Pinang. Tarikh sekolah ini dibuka ialah Januari 1883. Sekarang usianya telah menjangkau 123 tahun. Bangunan asalnya ialah bangunan papan berbumbungkan atap dan berlantaikan simen. Tempatnya di Pekan Relau 8 batu dari Bandaraya Pulau Pinang. Sekolah ini telah didirikan semasa penjajahan Inggeris lagi. Semasa didirikan, sekolah ini mempunyai seramai 97 orang murid dan tenaga pengajarnya seramai 3 orang. Guru Besarnya yang ulung ialah Encik Darus bin Abdul Rahman. Dari tahun 1883 sehingga 1935, jumlah murid mulai meningkat iaitu seramai 206 orang murid. Sehingga sekarang Guru Besar yang telah berkhidmat di sekolah ini adalah seramai 18 orang. Bangunan asal sekolah ini telah tiada lagi.

Pada tahun 1927 tapaknya telah dipindahkan ke tempat sekarang iaitu digantikan dengan bangunan baru berhampiran pekan Sungai Ara. Pada tahun 1952 didirikan pula sebuah bangunan baru kerana bilangan murid-murid semakin bertambah. Pada tahun 1966 sebuah lagi bangunan papan ditambah dari setahun ke setahun. Pada tahun 1971 sebuah bangunan dua tingkat didirikan yang mana boleh menampung 8 buah bilik darjah. Manakala bangunan yang didirikan pada tahun 1927 dan 1952 dirobohkan kerana tiada kawasan. Bangunan yang didirikan tahun 1971 dinamakan blok ‘A’.

Pada tahun 1979 sebuah lagi bangunan dua tingkat yang boleh menampung 8 buah bilik darjah didirikan dan dinamakan blok ‘B’. Pada tahun 1988, sebuah lagi bangunan dua tingkat yang boleh menampung 10 buah kelas didirikan dan dinamakan pula blok “C”. Kini Sekolah Kebangsaan Sungai Ara tersergam indah dimana tenaga pengajarnya seramai 59 orang pekerja am, 5 orang tukang kebun serta 2 orang pembantu.
Kini kawasan sekolah ini bertambah luas dimana ditambah pula dengan sebuah bangunan Pusat Kegiatan Guru (PKG} kawasan Bayan Lepas. Pusat Kegiatan Guru ini memberi fungsi membantu guru-guru dari segi memproses dan menghasilkan berbagai-bagai alatan bantuan mengajar dan juga menganjurkan kursus dari masa ke semasa untuk menambahkan lagi pengetahuan guru-guru. Pusat Kegiatan Guru ini juga digunakan untuk guru-guru besar kawasan barat daya dan daerah musyawarah.
DETIK-DETIK SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI ARA BERUBAH WAJAH


Dalam tahun tujuh puluhan, keadaan sekolah ini tidak begitu menarik kerana kawasannya tidak terkawal. Kawasan sekolah ini dipagari dengan pagar biasa dan kerap kali pecah dan roboh. Ini memberi laluan terutamanya kepada penceroboh.

Pada bulan Jun 1989, Guru Besar sekolah ini iaitu Encik Md Yusoff bin Salleh telah membuat permohonan kepada Jabatan Pendidikan Negeri supaya sekolah ini diberi peruntukan membuat pagar yang lebih kukuh supaya keselamatan kawasannya terjamin. Atas daya usaha yang gigih serta daya usaha Pengurusi Jemaah Pengurus, Yang Berbahagia Datuk Haji Ismail bin Hashim dan Menteri Pelajaran ketika itu iaitu Encik Anuar Ibrahim, permohonan itu diluluskan. Yang Berbahagia Datuk Haji Ismail bin Hashim telah memeri sumbangan membuat pagar batu di bahagian hadapan, manakala pihak kementerian telah memberi peruntukan membuat pagar di sekeliling sekolah. Pada tahun 1990, pagar sekolah ini siap dibuat dan keadaan kawasannya terkawal. Encik Md Yussof bin Salleh bersara pada 11 September 1990.

Pada akhir tahun 1991, seorang pegawai dari Jabatan Pendidikan Pulau Pinang, Encik Ismail bin Haji Yaakop telah dihantar ke sekolah ini untuk mentadbir Sekolah Kebangsaan Sungai Ara ini. Beliau ialah seorang guru yang berijazah, berpendirian tegas serta mencintai kecantikan dan kebersihan, sejajar dengan hasrat Pengarah Pendidikan Tuan Haji Ghazali bin Uda Omar.

Encik Ismail bin Haji Yaakop telah merancang mengubah rupa Sekolah Kebangsaan Sungai Ara untuk dijadikan “Sekolah Dalam Taman”. Hasrat beliau telah mendapat sokongan dan kerjasama dari pihak staff, murid-murid dan pihak Persatuan Ibubapa dan Guru Sekolah Kebangsaan Sungai Ara (PIBG SKSA).






VISI SEKOLAH


Menjadikan Sekolah Kebangsaan Sungai Ara sekolah yang cemerlang akademik, gemilang modal insan dan terbilang sukan menjelang 2020.

MISI SEKOLAH

Mewujudkan iklim, budaya dan watak sekolah yang diterima semua melalui proses menitip ilmu dan menitis adab secara berkesan terhadap warga sekolah meliputi aspek akademik, sahsiah, ko-kurikulum dan pengurusan institusi.

PIAGAM SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI ARA

Berkomited murid-murid ke arah pendidikan yang seimbang dari segi disiplin dan pengetahuan serta berusaha menyesuaikan semua aspek budaya yang baik dalam tahun pertama di sekolah ini.
Menjanjikan pencapaian kelulusan UPSR bagi semua matapelajaran sehingga 80% dalam tahun 2008.
Berusaha membolehkan penguasaan dan pengunaan Bahasa Inggeris bagi tahap dua melalui aktiviti mingguan dan aktiviti dalam kelas dalam jangka masa enam bulan.
Berjanji akan meningkatkan pencapaian ko-kurikulum murid-murid supaya boleh mewakili sekolah sehingga ke peringkat zon dan negeri dalam jangka masa tiga tahun persekolahan di sekolah ini.
Bertanggungjawab membuka minda murid-murid serta mengubah paradigma mereka ke arah kecemerlangan dan positif sepanjang persekolahan.

1 comment: